Firman Allah:
“Kamu diwajibkan, apabila seseorang dari kamu hampir mati, jika ada meninggalkan harta, (hendaklah ia) membuat wasiat untuk ibu bapa dan kaum kerabat dengan cara yang baik (menurut peraturan agama), sebagai suatu kewajipan ke atas orang-orang yang bertaqwa.”
Surah Al-Baqarah (ayat 180)
Merancang pembahagian harta pusaka sebelum tibanya kematian adalah suatu suruhan yang amat-amat dituntut Islam. Merancang bukan sekadar meninggalkan harta kepada waris, tetapi lebih dari itu TIDAK meninggalkan beban kepada waris terutamanya hutang, belanja harian, bayaran utiliti (elektrik, air, telefon dan lain-lain) dan berbagai perbelanjaan lain yang pastinya terpaksa ditanggung oleh orang yang kita sayangi.
Merancang harta pusaka tidak semestinya apabila kita mempunyai ratusan ribu duit/saham, ataupun rumah yang bernilai jutaan ringgit, ataupun tanah yang luasnya berpuluh-puluh ekar. Walaupun yang ditinggalkan hanyalah sebulan gaji, sebuah kereta Proton Saga Model 1986 ataupun sebiji televisyen 21 inci, ianya tetap harta pusaka yang akan kita tinggalkan.
Dalam erti kata lain, tak kira apa juga harta yang kita tinggalkan (termasuk hutang), selama mana harta tersebut 'milik' kita semasa kita menghembuskan nafas yang terakhir, ianya adalah harta pusaka kita.
Maka, sebelum ianya boleh digunakan, harta tersebut wajib dipulangkan kepada pemiliknya yang hakiki iaitu Allah Subhanahuwata'ala.
Dari harta yang ditinggalkan tadi, perkara yang patut/wajib dilakukan oleh waris ialah:
Menyelesaikan perbelanjaan pengkebumian;
Menyelesaikan hutang-piutang (dunia dan akhirat)
Melaksanakan Wasiat
Menyelesaikan tuntutan Harta Sepencarian
Membahagikan harta yang tinggal kepada waris-waris mengikut Sistem Fara’id
Pembahagian harta mengikut faraid adalah perkara yang TERAKHIR SEKALI yang mesti dilakukan. Akan tetapi kebanyakan dari kalangan kita, agak-agak berebut yang mana dulu?

Memetik suatu artikel yang ditulis oleh Ustaz Ghazali Ibrahim (Majalah Solusi Isu 13), waris berpotensi membuat dosa akibat kurangnya pengetahuan tentang pembahagian harta pusaka.
Antara dosa-dosa tersebut ialah:
1) Dosa memakan hak si mati: hutang, sama ada hutang sesama manusia & hutang dengan Allah (haji, puasa dll), yang belum dilunaskan si mati;
2) Dosa memakan harta secara batil: serahan harta tidak benar-benar mengikut faraid, dikhuatiri termasuk ke dalam golongan yang disebut di dalam surah An-Nisaa (ayat 26).
3) Dosa memakan harta anak yatim: barangkali si mati meninggalkan anak-anak kecil, maka dikhuatiri si ibu termakan hak mereka, sepertimana arahan Allah di dalam surah An-Nisaa (ayat 2).
Ketahui kepentingan merancang harta pusaka, hukum FARAID, serta kaedah-kaedah perancangan harta pusaka Islam seperti Wasiat, Harta Sepencarian, Hibah, Amanah & Takaful.
TANPA MERANCANG, harta yang anda tinggalkan boleh mendatangkan beban kepada waris-waris anda dalam proses perundangan yang kompleks dan berpanjangan.
TANPA MERANCANG, akaun bank anda akan dibekukan dan pembahagian harta mungkin tidak memenuhi keinginan anda dan selalunya mengakibatkan pertikaian keluarga yang tidak diingini.
TANPA MERANCANG, harta pusaka anda berkemungkinan besar akan dibahagikan oleh orang yang kurang arif dengan ilmu pembahagian harta pusaka Islam dan tidak dibahagikan mengikut syarak. Adakah anda ingin waris anda mengambil HAK orang lain tanpa pengetahuan mereka? Adakah anda fikir anda sudah terlepas dari tanggungjawab, kerana anda telah meninggal dunia?
Jangan sampai kita dan waris kita berdosa dengan pusaka yang kita tinggalkan.

Untuk mengetahui maklumat berkenaan perancangan Pembahagian Harta Pusaka Islam, sila hubungi 019 - 472 6752 atau layari http://pintarpusaka.com/